5 Makanan Ini Akan Bantu Anak Anda Belajar Berpuasa Dengan Mudah
Ramadhan hampir menjelang tiba, dan tentu kita semua tak sabar untuk menanti bulan penuh barakah ini.
Pasti ramai yang tidak tahan lapar sewaktu awal Ramadhan. Biasalah dah lama tak berpuasa kan, badan kita perlukan masa untuk berubah. Masa antara 11pagi hingga 1 tengah hari adalah masa paling kritikal. Rasa laparnya menyengat!
Apatah lagi untuk anak-anak yang baru nak belajar puasa. Fuh.
Kunci untuk tahan lapar adalah bersahur, dan pilihan makanan sewaktu sahur amat penting. Makanan yang tepat akan membuat kita tahan lapar lebih lama.
Berikut adalah antaran makanan yang akan membuatkan anda tahan lapar lebih lama. Bukan anda sahaja, Anak-anak pun akan tahan lapar dan lebih mudah belajar berpuasa.
1. Epal.
Buah epal ni kaya dengan vitamin C, gula buah-buahan dan serat. Serat ini akan membuatkan kita terasa kenyang dan ini akan membuat kita tahan lapar lebih lama. So makan je time sahur.
2. Telur
Telur adalah makanan yang tinggi protin. Protin mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan ia akan membuat kita berasa kenyang. Tapi jangan banyak sangat ya.
3. Kekacang ( Badam, Kacang tanah, walnut)
Kekacang ini selain tinggi protin, ia juga mengandungi lemak baik ( omega 3). Selain baik untuk jantung, lemak ini juga sumber tenaga yang padat dan tahan lama. Cuma jangan ambik banyak sangat.
4. Oatmeal.
Oatmeal ini selain kaya dengan serat, ia juga tergolong dalam kategori karbohidrat kompleks. Ia memerlukan masa lama untuk dihadamkan, jadi tenaga akan dikeluarkan perlahan-lahan.
5. Tamar dan Susu
Susu adalah satu makanan yang lengkap. Bayangkan bayi dalam 6 bulan pertama hanya minum susu ibu sahaja, namun pembesarannya amat ketara. Dan susu kaya dengan protin.
Digandingkan dengan khasiat tamar dan anda akan dapat kebaikan karbohidrat kompleks, Vitamin dan mineral dan tenaga segera dari tamar.
Jadi cubalah makan makanan ini sewaktu bersahur. Gandingkan mengikut kreativiti anda, insya allah anda akan berjaya mendidik anak-anak menyantuni Rukun Islam ketiga ini.








Tq kongsi info
ReplyDelete